Thursday, March 10, 2011

TAGGED

saya telah di-tagged oleh cik yuyu, cik lili a.k.a syikin, dan cik esahh!
sorry ye lambat buat. saya busy bee sikit. ada hal yang perlu dilakukan dalam usaha mendapat lesen kereta.
ecehh ayat kau! haha :P
mari lihat soalan2 yang saya perlu jawab :

pertama ;
Sila beritahu nama penuh kamu. Tak kisahlah sampai nama datuk , moyang kamu.
nama saya ialah Fatin Haziqah binti Mohamad bin Jaid bin Othman.
lepastu dah taktau dah. hehe :D

kedua ;
Kamu suka warna pink tak?
suka! tapi takde laa addict gilos.
saya suka sebab warna dia girly plus sweet je ;) 
 
ketiga ;
Kalau kamu ditakdirkan bertemu dengan si pemberi taggie ni, apa kamu nak cakap dengan dia?
saya nak cakap ;
ayu : lama gila tak jumpa! since habis spm kan? lamanyaa. takde org mereng nk jumpa. HAHA joke :P
nak dengar ayu sajak sikit. cewahhh :D
syikin : rakan sebelah saya di kelas time form 5! thanks sebab sudi beri tunjuk ajarku sifu! haha. i really appreciate it. hopefully with all the knowledge you share with me, i'll get the flying colours on my SPM result. Aminn :')
esahh : saya harap friendship kita akan berkekalan sampai hujung nyawa. thanks for being there whenever i need you and all that kind things you did to me :')

keempat ;
Siapa paling comel? Maher Zain atau kamu?
 saya lah kot. tak kan Maher Zain comel.
dia kacak. so title comel tu pass kat saya lah. haha boleh? :P

kelima ;
Mana lagi sedap? Kek atau aiskrim?
dua-dua! saya suka kek sebab dia sedapppp!
lagi-lagi oreo cheese cake kat secret recipe. sedap gila boleh tak? nakkkk! :D
plus, kita suka buat kek. kalau dulu nak tolong mak, alahai kurang rajinnyeww sebab nak tolong putar telur etc etc. tapi alah bisa, tegal biasa.
masetu nak buat muffin yang nak dibawa ke sekolah sebelum hari SPM, saya buat sendiri muffin tu dengan bantuan adik saya, apis. thanks bro! time tu takde orang nak tolong saya :(
mak pon time tu dah ngantok. err tapi hasilnya, ok kan kawan-kawan? ^^
eskim pon sedap jugak. sebab dia ada macam-macam perisa. 
hadoii, nakkkk!  pergi belikan kita bolehhh? :P

keenam ;
Bila tarikh birthday si pemberi taggie ni? (Kalau kamu ingat, kamu memang hebat) 
 saya memang hebat! tak percaya? tengok ni ;
ayu : 20/10/1993
syikin : 15/11/1993
esahh : 26/1/1993
SEEEE :P

ketujuh ;
Ain Maisarah, siapakah dia?
takkan tak kenal kot? buku tulisan dia memang best!
1st buku yang saya baca, AKU MAHU POPULAR. best gilaa!
saya ada terbaca yang dia ada buat website pasal sebuah sekolah.
actually, sekolah tu hanya rekaan oleh Ain Maisarah, tapi ada parents yang call tanya sekolah tu kat mana?
haa hebat tak hebat penangan Ain Maisarah ni :)
ni laa Ain Maisarah! :)
koleksi buku-buku beliau
*tapi ada lagi kot. pergi laa cari di kedai buku berhampiran anda ye :D

kelapan ;
Ceritakan sejarah kamu membuat blog, ikutlah sampai perenggan pun.
saya bermula start form 3 kot. zaman myspace kan. so saya ada add sorang budak ni, from KL. saya suka tengok dia sebab dia cantik! gambar-gambar dia pon cantik! dia ada band dia sendiri. suara dia sedap! so tengok she and her friends ada blog, that's why saya terikut kot. *pengaruh -.- HAHA. eh tapi saya memang suka menaip && cerita kisah pasal saya, so nanti saya ada lah tempat untuk mengimbau :P
kalau tulis kat buku which as known as diary, mesti malu kalau ada orang baca. plus letak sepah2 kang nanti hilang pulak. kalau tulis via internet, kan tak hilang. kan? haha.
sebelum ni ada blog, tapi sebab dah lama tak buka, so aku lupa aku lupaa password dia. tapi kat blog dulu tak best kot. cerita sedih && annoying pasal kisah cinta. takpayah baca pon takpe. haha so this is my new blog! :)
ohh ada jugak masuk pertandingan buat blog di sekolah time form 5. blog pasal kelas and tell you what? i won the 1st prize! ooo emm jayyy! :')
tapi tu di atas pertolongan kawan-kawan jugak. ILY CLASSMATES! <3
and time form 5 jugak ada masuk pertandingan blog di UTM. actually kena hantar 2 blog untuk satu sekolah. tapi time tu ada saya, esahh, eillen, nyet, fikri && cikgu jamaliah. ktorg hantar 4 blog kot. advance kan? haha. tapi blog esah terpilih dan kami dinobatkan sebabgai JUARA! Alhamdulillah :)
kami memang suka mengharumkan nama sekolah - SMK Sri Rahmat! :)
*bukan membusukkan ye. HAHA tettttt! 
(kan dah panjang. sape suruh bagi tulis bape perenggan pun? haha)

kesembilan ;
Apabila harijadi kamu, kamu nak saya (pemberi taggie ini) beri apa pada kamu?
saya tak kesaa awak nak bagi kita apa. asalkan seikhlas hati.
dan bukan sampah. HAHA takkan lah korang jahat sangat nak bagi sampah kan? hehe.
belanja makan dekat warung pun kita tak kesaa. janji bagi. HAHA tak tak. wish pon dah cukup bagi saya :')

kesepuluh ;
Taggie ni ada sepuluh soalan jadi wajib tag sepuluh orang ye!
soalan apakah ini? saya tiada jawapan. 
haha kejap, nak check check rock rock siapa untuk di-list kan.
so here it is ;
 *nak tag balik. so what? :Pp
   ayu
M










1 comment:

I_shah said...

memang saje je nak tag mengetag kan..haha:)